Pembinaan Dewan Muafakat Johor Permas_Jaya

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) akan membina sebuah dewan serbaguna yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dengan kos anggaran sebanyak RM8 juta di Bandar Baru Permas Jaya, di sini pada suku pertama tahun 2018.

Dewan Muafakat Johor Permas yang akan dibangunkan pada keluasan 0.44 hektar itu dilengkapi dengan sebuah dewan berhawa dingin, empat gelanggang badminton, tadika, kios jualan serta kemudahan asas seperti surau, tandas, bilik mesyuarat dan pejabat pengurusan.

Dewan berkenaan mampu memuatkan sehingga 900 orang selain empat gelanggang badminton yang berkeluasan 1,395.54 meter persegi yang boleh dimanfaatkan bagi aktiviti riadah masyarakat setempat.

Dewan Muafakat Johor bakal dibina di Jalan Permas 1/2,Bandar Baru Permas Jaya ,Johor